Friday, March 2, 2012

Mummy to be...InsyaAllah~

Gile lama aku tak update blog.Last post is Oct, 2011...As usual, post weds syndrome...Hee~ Eh ade lagi ke feeling-feeling begini? Muntah darah sey readers sekalian.....

Owh well, what to write in the new entry eh?Hmmm...Lots of things happen during these few months. Kehidupan kami sebagai suami isteri macam biasa. Banyak benda nak kena belajar, adapt and catch up. Macam tak cukup jek masa spent dengan dia tapi takpe la..nanti harapnya dapatlah kami duduk serumah hingga akhir hayat. Aku dengan dia still weekend husband and wifey. Jumpa weekend jek. Kalau ade rezeki lebih every week aku balik sana or dia balik umah family aku. Kalau takde rezki sangat 2 minggu sekali baru jumpa.Masa jumpa 2 minggu sekali ni memang rasa sedih gila la..sabar jek...nak buat macam mana kan..hehe..

Speaking of bila nak duduk serumah..Hmmm..itu masih dalam proses. Susah gila buat proposal ni..Sebab aku tak reti iya jugak...sebab aku malas pun iya jugak..hehe...ampun suami...saya masih berusaha ke arah duduk serumah dengan anda. Doa banyak-banyak semoga isteri anda yang gorgeous ni mempunyai banyak idea...Huhuhu...

Owh..malas eh?Hmmm...malas tu memang sejak zaman aku study kat uni dulu memang malas tahap gaban....yang peliknya, masa kat skool dulu aku la insan paling rajin and skema siapkan segala mak nenek keje sekolah yang cikgu tak bagi pun aku selamba yaya jek buat..budak rajin and skema la kononnya kan....sekarang???Makin teruk!!!Haishhhhh...Apa la nak jadi kan dengan aku ni....

So bila tahap malas ni makin melampau tahap dewa last month...aku macam makin pelik..Apsal eh? Siap kat office ni aku boleh selamba tido setiap petang lepas zuhur then bangun bila nak asar siap dengan kain telekung ok.Konon feeling tido dalam keadaan suci la tu....heheh...Syiok gila tido..dengan air-cond...walaupun beralaskan tangan ku yang gebu ni sebagai pengganti bantal pun aku dah rasa nyaman sekali...hehe...Mula-mula aku cam rasa maybe sebab aku kurang oxygen la kan...so consume la air mineral banyak-banyak konon nak bagi segar mata ni...tapi harammmmmm...aku still tido macam sleeping beauty...hehe...

Time tu aku memang tak predict apa-apa pun.Ingatkan normal jek la kan...tapi bila aku pikir-pikir dengan peod ku lambat gila aku dah mula pikir macam-macam la kan..setiap kali call encik suami dia suh aku gi klinik la..check doc la...gelabah jek..relax sudah kan...sebabnya peod aku memang jenis cycle tak tetap.So kalau lambat 1-2 minggu tu macam biasa jek bagi ku...tapi bila dah masuk minggu ke-4 (sebulan lambat) tu macam dah tak logik la kan...so mula la cuaksss!!!Huhu...

I'm pregnant?

Serious aku tak terpikir pun ke arah tu. Sebabnya kalau aku track balik history aku, aku kan selalu rezeki lambat sedikit dari orang lain. Eh, tapi no worries. Tak salahkan Tuhan pun sebab tau Dia nak yang terbaik untuk kita. So lambat ke cepat ke rezeki, itu semua kerja Dia. Tugas kita hanyalah beriman dan sentiasa berdoa kepada-Nya tanpa jemu. InsyaAllah...

And YES!!

Alhamdulillah....aku siap blur gila masa buat self-check tu. Sibuk text BFF Shar sebab rasa nervous amat sangat.Nak beli pregnancy kit pun siap takut-takut. Owh, saya beli di Guardian aje..hehe..And tak bagitau encik suami pun nak buat self test. Sebab taknak bagi dia harapan sangat. Kebetulan time aku buat self test tu aku tak balik Johor ketemu encik suami. Dia tak bagi balik sebab nampak aku macam penat sangat..huhu.. So segala test tersebut dibuat di rumah family ku. Even mak ayah aku pun tak tau project aku nak wat self test tu.

Cap ayam's test kit :)

Bile nengok result ade double line,aku macam terkesima kejap. Adakah? Rasa tak percaya. And slowly aku relax, then masuk bilik mak aku pastu bgtau dia..reaction mak aku senang jek.. "Alhamdulillah, dah nak jadi ibu da" .

Mak tetap mak...dia still treat aku like her little daughter...hehe...Yang paling kecoh adalah adik-adik aku....aku yang stress. Excited terlebih..huhu... Apapun, bila call encik suami..aku terus nangis..sentimental gila tau...huhu..dia siap terdiam kejap. Maybe macam aku gak. Tak percaya. Yang dia sempat cakap is...Alhamdulillah~ Terharu ok!!

Expected the unexpected? Allah is great rite? Dia boleh bagi kita rezeki dalam mana-mana bentuk. Ada yang dapat rezeki dalam bentuk harta. Ada dalam bentuk hati yang bahagia. Pendek kata macam-macam bentuk la. Lepas jek aku inform kat orang-orang penting dalam hidup aku especially the BFFs, aku terus buat sujud syukur mengucapkan syukur yang tidak terhingga. Betapa besarnya rezeki yang dikurniakanNya..

Kalau pikir logik, kiteorang ni dah la jarang jumpa. Then nak predict waktu subur aku sangat la susah dengan cycle peod aku tak constant. Lepas tu, kalau orang lain dah bersiap sedia get ready dengan supplement siap minum susu bagai (Euwww~ ok rasa loya bile sebut susu..huhu) aku setelah discuss dengan encik suami dia tak allow aku untuk amik supplement. Dia nak in naturally. Pada aku tak salah kalau kita nak makan supplement ke apa.Tu kan salah satu usaha kita juga kan? So why not? Penat gak bagi justification kat si dia..tapi dia macam biasa la..nak in natural. Pernah gak discuss dengan dia kalau within setahun kami kawen tak ada rezeki lagi, aku nak buat check-up. And dia diam jek...huhu...

So, pada aku, tak salah kita berusaha. And kalau Tuhan belum bagi kita rezeki tu, tu tandanya ada la rezeki kita dalam bentuk lain InsyaAllah. Dulu selalu gak ngadu kat si dia and my dear mum. Kawan-kawan asik pergi jalan makan angin sana sini..shopping...makan mewah-mewah..dapat beli umah..keta bertukar ganti....aku ni still la dengan harta yang dulu..tak berubah-berubah. Bila dah kawen, lagi rasa tight..Padahal tak membazir apa pun. Cukup-cukup makan jek...but still enough la kan..cuma tak boleh nak mewah-mewah macam orang lain. Pikir-pikir balik..owh, maybe sebab diaorang kerja macam mana..gaji besar...dapat spouse pun gaji besar...family ada boleh tolong. Macam kes kiteorang ni memang independent gila-gila. Even nak beli umah ni pun kiteorang still tak mampu nak sediakan duit deposit. Last-last mak aku cakap, "rezeki Tuhan bagi dalam macam-macam cara. Biar lah orang nak mewah-mewah ke apa..insyaAllah rezeki awak akan dapat gak tapi dalam bentuk lain..."

And it's so true....Alhamdulillah~ 

Owh, tapi masih lagi dalam keadaan mengira-ngira $$ yang kami ada. Bukan kedekut or berkira (Ni nanti ada yang salah tafsir kan...adeh2) Cuma rasa tight. Aku makin berjimat cermat. Beli yang amat-amat penting saje. Keutamaan adalah junior. Bila dah ade junior, confirm cash flow lagi laju. Tak mampu sangat-sangat. Tapi terus terang aku cakap, memang rezeki kali ni aku serahkan pada qada' and qadar. As mention before, God knows the BEST for us. We believe there will be another rezki for us to raise the junior. InsyaAllah...Junior is our responsibility. Sangat kesian bila nengok encik suami kerja susah payah cari OT untuk aku and junior. Serious. Aku sangat touching bila nengok dia keje lagi kuat. Huhu.. Thanks sayang. Sebab tu bila aku takde $$ jek aku diam. Tak nak susahkan dia. Selalu dengar kawan-kawan story mintak duit kat laki masing-masing nak shopping-shoppping. Kita tumpang happy la dengar. For us, kami kena lebih usaha lagi..caiyok!!!

Now baru 2 months. Belum lepas lagi 1st trimester. Rasa sangat risau. Setakat ni aku belum ade lagi symptom mual-mual or loya. Junior sangat behave. Dia survive macam mummy dia..hehe...Setakat nak terjeluak lepas gosok gigi tu dah memang selalu la..owh, tapi dah 2 kali dah muntah. Maybe sebab aku makan lambat sangat perut kosong so tu yang muntah gila-gila. Sakit ok..sian the junior....huhu...Lapar? Hmm...sangat!!!!!Makan 2-3 jam pastu lapar balik....huhu..Kang tak makan macam kejam pulak. Ni junior kecik lagi tapi rasa macam lelemak aku yang terbina dengan banyaknya....Hee~

Pastu ni belum ada craving apa-apa.All I want is just FOOD!! Hehe...gile teruk sey!! Harapnya tak craving yang pelik. Sebab tak sampai hati nak susahkan semua orang. And that's so not me....Nampak jek aku ni gediks and drama queen tapi hakikatnya aku takkan susahkan orang lain and takkan kecikkan hati orang lain.

Last but not least, aku harap dikurniakan kesihatan yang baik sehingga junior see the wonderful world and junior sihat serta sempurna sifatnya.InsyaAllah amin...Bab moody-moody...emosi tu...insyaAllah akan ku control. Be professional la kan..tapi ayat dari neighbor sebelah bilik ku ni sangat menarik : "Tak adventure la baby asik nak happy jek.Dia kena learns variety of moods.Baru realistic skit hidup dia" . I loike~ ^^

Maka, bermulalah journey ku sebagai mum to be....Doakan kami yek....

Nota kaki:
Tiada niat untuk bermegah-megah or what so ever. Just wanna share the experience and this is my own entry. Kalau aku baca entry orang lain yang over expose semua benda nak story pun aku tak rasa pun orang tu nak megah-megah. Still rasa dia just nak share the experience. Tapi manusia rite? Hati lain-lain. Kita ingat nak share story. Tapi ada yang jealous-jealous kat kita...Ampun~ Serious aku mintak maaf. Apapun aku doakan orang-orang disekeliling ku and readers sekalian (cara macam ade readers jek..silent readers banyak maybe..hehe..ok perasan) dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki yang banyak dari Tuhan..Let's share our experience with no hurt feeling....Sesunguhnya perkhabaran berita baik dari orang sekeliling kita, kita haruslah mendengarnya dan tumpang rasa happy jugak. InsyaAllah masa kita akan tiba jua. (Ayat diubahsuai dari orang lain.tapi maksud sama jek lebih kurang...) Cuma lambat atau cepat sahaja. Ataupun dalam bentuk rezeki yang lain. Ada sebab Tuhan replace rezeki dengan bentuk yang lain. And kita takde hak pun nak questioned it. Kalau asik nak questioned jek boleh jadi mengong nanti...huhu..Apapun, don't give up and kalau dah berusaha pun masih belum dikurniakan apa-apa..sebenarnya ada.Cuma kita sahaja yang tidak perasan rezeki yang Tuhan beri itu. Ingatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang macam tamak semua benda nak...Huhu..So, mari berdoa ppl....Amin~ And thanks a lot kepada mereka-mereka yang wish and mendoakan diriku...May God bless all of us...

No comments: