Friday, August 3, 2012

Junior's journey #6 (Entry kurang kulat)


Kali ni aku nak story about Antenatal Class (Pre-natal class) sikit. Rasa bersemangat nak pergi kelas ibu-ibu mengandung...Feeling kengkonon macam dalam cite omputih tu yang pergi dengan hubby. Ok. Pengaruh TV lagi?Hehe...Cite kat encik suami pasal kelas ni dia blur..Hoho~ Lepas aku explain skit baru dia ok and teruja gak dengan kelas ni...:)

After dah survey macam-macam hospital termasuk hospital government kat area BP and Johor ni, akhirnya hanya KPJ jek yang available dalam masa terdekat. Yang lain ada yang tak offer and ada yang offer dah lambat sangat nak dekat due date aku...Boleh refer and call kat KPJ's website untuk schedule.

Setakat ni bila aku call Hospital BP dan Hosp Sultanah Aminah untuk kelas ni diaorg tak provide pun. Siap blur tu bila aku tanya. Kelas apa itu? Adoi ai...takpe lah..respond anda dimaafkan....

Kalau Pantai BP, available tapi dah terlepas date. Then date lain diaorang pun tak boleh nak confirm kan lagi. And yang aku rasa tak best, kelas-kelas yang diaorg dah pernah handle tu, conducted in Mandarin yek..What?? Abis kaum mereka jek la yang boleh pergi kelas tu eh? Kaum lain tak bole? Haishhh~

Hospital Pakar Puteri Johor plak, pun sama..dah terlepas date and date akan datang after bulan puasa. Nehi..nehi..masa tu aku dah sarat kot....

Kempas Medical Centre plak, takde antenatal class yang official. Tapi kalau selalu check up kat sana, akan dapat consultation dari doc-doc pakar kat sana la...Aku PM hosp ni via FB jek. Yang reply O&G dia. Sangat lahhhhhhhhhhhh informative. Siap ada masa tu nak reply aku. Banyak sangat la tu free time...hee~

At last, KPJ Jalan Abdul Samad yang menjadi pilihan since date dia macam sesuai jek dengan aku and encik suami. Itupun sebenarnya encik suami tak boleh off walaupun class hari Sabtu. Tapi dia mintak belas ihsan and maybe dia buat muke kesian kat partner dia so dia boleh la escape keje jap then gi class tu. Malam nanti dia cover balik keje partner dia...Begitulah kehidupan laki ku~

Class from 2.30 to 6 pm. Overall content ok. Dapat free gift lagi (Toiletries, Diapers for newborn cap Pet Pet, Dettol, note book, car sticker and magnetic fridge). Refreshment pun ada. Roti cap Season, air kotak soya bean and mineral water for both of us. Price untuk kelas ni per couple RM32. Ok la kot...Lepas tu maybe rezki kiteorang before kelas ade majlis tahlil kat situ, so dapat la sorang satu nasi beriani bungkus dengan kuih-kuih di mana nasi tu aku bagi kat partner Haizam yang tolong gantikan keje dia jap...rezki dia~

Walaupun content ok..Tapi imagination ku dengan yang dalam movie omputih tu tak sama la..haha~ Maybe sebab kiteorg just dengar the lecture from the nurses and O&G consultant, then ada sikit sesi demonstrasi dr nurses on how to breasfeed yr baby and sesi macam mana nak mandikan baby with tali pusat ada lagi...tapi...still rasa lacking skit sebab takde hands on experience or activities yang libatkan husband and wife. Diaorg ade tunjukkan exercise yang perlu dibuat untuk elakkan kekejangan otot and so on..tapi still takde la mood macam husband and wife duk kat yoga mat then husband tolong wife with the exercise....Ok. Am I too high expectation?Hee~

Overall best jugak la class ni...Atleast dapat gain some knowledge on how to cope with the pain during the contraction and how to breath during contraction...type of pain killer yang kite boleh choose untuk kurangkan rasa saket..macam-macam la..

Masa aku gi tu ade 7 couples yang datang. Semua 1st timer. Nama pun class kan..so of coz la yang datang semua muka blur jek...Hehe.. Class conducted in English/Malay. Paling tak boleh blah, untuk encik suami yang jenis hyper tak reti duk diam, kelas-kelas begini memang akan membuatkan dia ngantuk.Penat aku cubit-cubit pukul dia bagai bagi dia fresh..Naughty kan??Huhu...tapi mamat ni jenis ngantuk-ngantuk pun dia dengar gak apa nurse-nurse tu lecture. Sebab masa ada demo with the artificial breast (YES!!) on how to handle our breast untuk perah the milk, aku macam biasalah kan..dengar-dengar gak tapi lepas tu suka lupa...so laki aku yang ngantuk ni siap boleh guide aku...Walauwehhhhh!! Thanks la sayang~ :)

After finish the class around 5pm, then ade sesi visit labour room and wards provided by the KPJ. Ok. Superb!! Wards range dari RM 500 ~ 150 per nite. Itu bilik aje. Belum lagi cost delivery. Normal RM 2500. C-sect RM 5k~7k. Mak datuk...pengsan....Hee~ yang bilik RM500 tu dah memang macam hotel la kan...siap ada gobok (cabinet yek),sofa bagai, living room for the guest, TV of course, then toilet dah macam hotel la...pastu ada gak microwave and pantry room. Memang selesa sungguh....Haha~ Kalau VIP or orang banyak $$ boleh la..kiteorg cuci mata jek la....belum sampai ke tahap itu lagi....

Kalau bilik sorang, husband boleh teman tido. Kalau bilik price less than RM500 tu berdua dan berempat husband tak boleh teman tido. But still ade toilet yang ade shower and bersih tu dalam bilik kite.

Pastu kiteorg visit labour room. Syiok weh...bilik sorang jek..takde la dipisahkan dengan langsir jek kan macam hosp gomen sampai boleh dengar orang sebelah-sebelah kita menjerit..Huhu..Even kalau kita nak menjerit pun kita tak rasa segan..harapnya aku boleh control diri la masa tu nanti....Doa banyak-banyak ni....

Then visit babies room...Auwww~ mereka sungguh cute..ada baby gurl besar sangat. 4.9 kg rasanya. Kena c-sect. Tapi kesian, dia kuning. So kena jemur kat err...ape nama light tu..yang replace matahari tu..ala..lupa la..kena tutup mata..pity her...Nurse bagitau, baby zaman skang ni banyak besar-besar..ok guwe cuaks. Kalau nengok size kami berdua ni...adoi ai...tapi mak aku cakap aku dulu 3.1 kg jek. Usah di tanya encik suami la kan. Berat dia masa lahir 3.8 kg.Alhamdulillah normal jek MIL lahirkan dia...Rezki kan~

Let's layan some of the pic during the class :

The notes for the class~

The gift and nasi beriani bungkus for us :)

The O&G specialist. Dr Mohan kot nama dia

Sesi mandikan baby. Abaikan plastic food itu yek :)

Junior's journey #5 (Entry kurang kulat)

Alhamdulillah, after surveying macam-macam klinik and of course with considering the cost...we finally managed to have a 4D scan at Permai Polyclinics Taman Sutera Utama Johor.

The Branch Doc is ok. 24 hours open. No off day. Then the most importantly, he is friendly. Nanti aku cite di entry lain psl Doc yang kerek..huhu..owh adakah perasaan ku aje?

Price scan kat situ affordable.RM 130 with consultation. 4D scan with CD = RM 120, while consultation charge = RM10. Lepas tu dapat free gift stretch marks cream brand..errr...fames gak brand tu...tapi tak pernah pakai sebab dah biasa dengan Bio Oil :)

1st time Mr. Hubby temankan aku...Selama ni scan 2D sorang-sorang jek..layan excited pun sorang-sorang.Touching pun sorang-sorang..Layan emosi pun sorang-sorang...Hahahahha~ Ned and emosi tidak boleh dipisahkan..Help~ Help~ Help~

So agak excited gak le Mr. Hubby. Masa pergi scan tu aku dah 27 weeks. Orang cakap kalau nak buat scan 4D kena before weeks 32 kot...Sorry if salah info. Sebabnya nanti kalau tak baby dah besar then tak sesuai sangat buat 4D. Ntah btul ntah tak..So layankan jek..Owh btw tak ble gak buat 4D awal sangat let say around 20 weeks. Bukan apa...baby kecik sangat. Besar tak boleh. Kecik tak boleh. Aku pun tak paham. Hahahah...apapun just follow your instinct ok...no need to worries...

Basically 4D ni macam advanced skit la dari 2D. Kalau 2D kite just nampak baby in 3 dimension then akan dapat pic in 2 dimension. So ni yang 4D kite boleh nampak baby movements in 4 dimension which is so cool!! Lepas tu boleh plak dapat CD yang ada video baby gerak-gerak around bape sec jek...Hebat betul technology ultrasound ni..by using the sound with certain frequency kita boleh nampak baby inside our tummy...SubhanauAllah~

Tapi ada yang lagi advanced with 4D ni. Ade my friend boleh dikatakan sifu la to me since dia dah pernah ade experience with pregnancy ni cite yang kat tempat dia buat 4D tu boleh tau details on development baby, from brain sampai la ke internal organs and limbs.Mahal skit around RM200++ kot tapi ok la kan boleh tau details...Too bad, tempat yang aku gi ni tak se details itu...hehe..

Apapun, kalau tak buat 4D pun ok jek..Ni macam optional jek. Walaupun budget agak tight skang ni..tapi..sebab Mr. Hubby nak sangat nengok the baby for the 1st time, so tu kiteorang survey gila-gila untuk 4D ni for the best price. Lagipun anak 1st kan..so excited skit la...:)

So let's layan some of the pics and the video:

Shy junior~ keep facing down like in a sujud position mummy guess...
Finally nampak gak skit face of lil' junior~
video 
I like to move it..move it..move it~

video
Tulang rangka dah developed. Alhamdulillah~ Then suka tutup muke dengan tangan dia :)

video
Shy lil' junior..somersault bagai anda di dalam tummy ku :) 
Owh, can u see the umbilical cord around the baby?

Guess XX ke XY? :)

Well, the junior is soooooooooooo active....sampai the Doc and nurse pun cakap..1st time nengok baby active sangat...Well....memang macam tu la anak ku ini...Baru laki ku tau betapa anak dia ni selalu sangat buat somersault bagai...So bile the junior bergerak happy-happy ni..makanya...nak nampak the junior's face agak susah la yek..Keep facing down and seem like dia tak suke with the frequency of the ultrasound scan..ok memandai jek imagination ku ini...Apapun rasa he's so shy like his mummy..Ok..got the clue??:)

Nampak sikit-sikit jek muka dia...bile nampak sikit tu aku terdiam. Kagum . Speechless. Semua ada la..Muka nampak serius. Berkerut-kerut dahi dia..Tak senyum langsung...Ok. Sila jangan jadi macam mummy yang suke buat muka ketat and sombong ye nak sampai orang nak tegur pun nanti rasa takut....Huhu...takpe lah dear..janji sihat ok...Doc showed to us junior's back bone dah developed..then heart beat dia in a normal rate...siap boleh dengar tu the beat..Alhamdulillah~ nampak la tangan, jari-jari and kaki dia skit walaupun dia tak boleh duk diam...adeh2...EDD pun dapat lagi which is on 30th Sept 2012. So skang ada banyak la EDD ku : 230912,260912,300912,011012 dan 091012. Nengok la rezki dia nak kuar bila ni nanti....

Then doc siap bagitau weight dia berapa..At 28 weeks, baby ku berat dia is 1.5 kg. Ok berat ke? Ni belum lagi dah 9 bulan nak oi...Apapun masa tu rasa macam..wow!!!Alhamdulillah ya Allah...rezeki yang tidak terhingga Kau beri kepada kami....Amin~

Once dah tau the gender...terus jek la come out with one name..and dipersetujui oleh Mr. Hubby....:)) Harapnya our junior menjadi diri dia sendiri dan tak ikut perangai kiteorg...don't be our mini's ok. But if you wanna get a Mini Cooper S for your mummy one day, thanks a lot!!Haha..ok berangan~

Actually bab nama-nama ni pun kiteorang tak sekepala sangat. Encik Husband bagi syarat kalau gurl dia nak mintak pendapat mak dia (since diaorg memang takde banyak gurl in the family). Kalau baby boy plak, dia nak mak aku yang bagi nama (sebab family aku memang tak banyak boy pun) 

Errrr..what???Apsal perlu libatkan our mums kan??? Sampai termimpi-mimpi tau aku pasal nama ni..siap nangis-nangis tu konon dalam mimpi aku dah delivered then laki aku dah register nama yang mak dia bagi...adoi ai...drama ok!!

End up, aku cakap kat dia. Our baby kan..so kite berdua sendiri kena bagi nama. tak perlu libatkan orang lain walaupun family sendiri. To be fair la kan?Phewwww~

Nak pilih nama apapun, sunat memilih nama yang baik-baik insyaAllah~

Aku ni biasalah kan...nak gediks sikit. Pastu kena sound dengan encik suami..baru I nak memilih nama yang klasik moden,

kalo gegurl: Chempaka; Kenanga; Lavendar ; Laura ; Bunga Chinta --->> Pengaruh sinetron sungguh ^^ kalo boy plak : Aduka; Eusoff ; Noah --->>> boy tak banyak nama klasik sangat. Sibuk cari nama yang ada unsur-unsur handsome :)

Ok. Back to reality yek. Pilih nama yang simple and ada makna. Nama panjang-panjang terbelit lidah pun nanti at last panggil short form jek..:)

1st anniversary (Entry Kulat III)

27th of May 2012 is our 1st anniversary..

Alhamdulillah~

Kejap jek masa berlalu kan. Kalau ikutkan kiteorang dah kenal dari tahun 2001 ~ 2012 ni = 11 tahun dah. Ishh...Lama gile!!

Siapa sangka walaupun macam-macam perang saraf, perang dunia ke bape ntah kiteorg lalui sepanjang kenal, alih-alih kiteorg kawen....Syukur sangat!!

Tapi...haa..ade tapinya..walaupun kenal dah lama..tapi baru setahun duk serumah bersama, (Eh takde la setahun kan..rasa 48 minggu jek plus minus kiteorang duk bersama since sejak kawen cuma dapat jumpa once in a week takpun 2 minggu sekali) macam-macam benda pasal dia yang aku baru realize and dia pun sama...masing-masing baru nak adapt dengan new life...Ni pun dah setahun pun rasanya ade lagi perangai dia yang aku tak tau lagi kot...Adoi aii~

Al maklumlah..dia adik beradik semua lelaki. Aku plak semua gegurl..So rasa-rasa korang mana yang lebih "teratur" sedikit hidupnya? Hahaha..Meh aku bagi beberapa contoh yek:

  1. Bagi lelaki takat towel lepas mandi just letak kat katil tu maybe BIASA..tapi bagi aku...urghhhhh!!
  2. Bagi lelaki takat makan nasi 2-3 biji jatuh dari pinggan pastu tak pungut or lap meja itu BIASA...tapi bagi aku...urghhhhhhhh!!!
  3. Bagi lelaki makan depan tv itu BIASA tapi bagi aku ni sangat le urghhhhhhhhhhhhh!!!
  4. Bagi lelaki baju kotor sepah2 letak kat mana dia suka and tak letak kat bakul baju kotor itu BIASA tapi bagi aku...urghhhhhhhh!!!!
  5. Bagi lelaki smoking dalam umah itu BIASA tapi bagi aku....urghhhhhhhhhhh!!!
See? Benda simple jek kan..tapi untuk aku yang dah biasa dengan surrounding gegurl ni rasa macam stress skit la....apapun..communication itu penting yek..cakap baik-baik..elok-elok....alhamdulillah...boleh la kot aku and dia give and take..lagipun benda kecik jek ni....takkan nak dibesar-besarkan...sangat la tak mencabar...hehe...

Tapi rasanya la kan..family aku jek kot yang weird...Kalau aku ni nampak 'macam' perfect...mak aku lagi perfect!!Nenek aku dengan aunty-aunty aku (side mak) lagi super-super perfect!!Family peliks...Huhu...The genes are there...ni mak aku still bebel-bebel lagi kat aku bile dia datang sekali sekala umah kat Johor ni nengok umah sepah semacam jek..pada aku dah bersih da..tapi bagi dia..mak aih..tak mencapai spec ok..Huhu...Selalu orang MIL yang bebel-bebel kat menantu pasal umah bersepah kan..Ni tak...mak sendiri yang bebel kat anak dia...Sabar je~

Haaa..sambung cite anniversary ni...Celebrate biasa-biasa jek...Rasa best sebab celebrate dengan Junior ade dalam tummy...alhamdulillah~ Rezeki Allah...masa anniversary ni aku around 5 months..Takde la romantik mana pun our celebration..no card..no flowers..no cakes..just wish each other and makan-makan..(mana la kami laki bini tak membesar bak juara)

Kebetulan encik suami masa anniversary tu takde off kena keje. So kiteorang celebrate awal sehari...

Mr Husband~
Mrs. Wifey~
Cube teka kiteorang makan kat mana? Haha..Simple kan? Bukan hari anniversary pun boleh makan gak sebenarnya....tapi tak kisah la..we both like it!! Btw, teringat ayat Encik Suami..."Sorry eh awak, nak bawak awak makan kat hotel macam laki kawan-kawan awak selalu buat, abang tak mampu sangat, lagipun abang tak reti nak booking-booking ni.." Huhu..ok touching.No worries la dear, makan kat mana-mana pun tak kisah. Janji kite berdua bahagia..Lagipun makan hotel tu bukan best mana pun...ok dessert diaorg memang best. Tapi...rasa warung mak bedah lagi best kot....hehehe..

Owh..betapa bahagianya kawen kan...rasa secure jek. Bunga-bunga cinta jek..Bukan takde kiteorang gado2..emosi2..tapi nanti lepas tu ok balik sebab sayang lagi banyak dari rasa menyampah kat dia...ok.memang kadang2 rasa marah sangat kat laki sendiri. Heheh..

Hari anniversary, dia keje. Aku kat umah. Memang selalu macam tu pun. Weekend pun dapat spend time sehari jek...sebab dia keje dari pagi sampai malam..OT. Sian dia...yela..bini dia ni pun lately ni macam-macam problems dengan tempat keje kan...Harapnya tuhan tolong kiteorg la..Amin~

So disebabkan aku kat umah, maka aku pun terasa nak masak la kan..walauwehhh~ guwe masak tu weh...biar btul..hehe...So layan jek la pics ni k...takde special sangat pun...tapi cukup suka bila encik suami cakap sedap....Ambik hati eh?:))

Udang sambal tumis~

Daging masak stew~
Sotong masak rempah~
Chap Chai~

Junior's journey #4 (Entry Kulat II)

Story continue dari post balik kampung laki ku...

Well, disebabkan takde entertainment sangat kan kat tempat laki ku itu..Hehe...boring...huhu..maka gediks2 la mengajak dia ni pergi Hot Spring Sg. Klah...Yeahhhh!!

Ok. Memang excited. Encik Suami relax jek. Yela..tempat dia kan..so bagi dia takde apa lah yang best pun. Apsal le bini dia ni sibuk-sibuk nak gi kan...

Biasalah..budak town memang macam ni..kat BP mana ade Hot Spring...Ade pun paling dekat kat Gerisek eh yang on the way nak ke Muar tu?

Cop!! BP town?Town sangat la...wahahahahaha..ok.Suka hati la nak exaggerate lebih kan....Sub urban kot BP tu..hehe..eh tapi takde la urban sangat...Tapi untuk aku yang jenis relax (relax ke?adeh!!) KL the big city tak sesuai dengan life aku..aku suke BP gak...takde shopping complex ala-ala boutique tapi ade benda-benda basic. Ok la kot untuk orang yang sederhana macam aku ni....Kalau nak gi city..better gi Singapore kampung nenek ku..Tu memang real city la kot..Well, masing-masing punya opinion kan...Who cares?

Ok. Sambung story. Before pergi hot spring tu dah kena warning dah dengan mak aku. 

"Jangan over yek. Ingat sikit...awak tu pregnant....Lepas tu jangan nak berendam dalam air panas lama-lama. Nak swimming kat pool pun relax-relax jek.." (Well, untuk aku yang ala-ala clumsy ni and suka jatuh-jatuh terseliuh orang cakap dulu tak bedung agaknya kaki aku ni tu yang sikit-sikit jalan asik nak terseliuh jek..nasihat-nasihat begini memang dah lali dah kat telinga aku...Huhu)

Masa tu pregnant around 4 months..so tak nampak sangat tummy ni..maka aku mudah lupa yang aku ni pregnant....Hee~

Bila dah sampai sana...Hmmm..boleh lah...lagi plak tak ramai sangat orang kan...So seperti tempat tu macam dibooking oleh laki ku untuk ku sorang plak...Perasan~

Tapi bila dah sampai sana, rasa macam kecik gak tempat ni.Abis smua kolam kiteorang try. Pastu rasa macam..Eh dah abis da round? So overall biasa-biasa jek tempat tu..Tapi jadilah kalau pergi sekali sekala kan...

Let's layan some of the pic taken at that place:

Aktiviti rendam-rendam kaki aje~



Swimming in the pool..yeahhh!!

Then seperti biasa..lepas dah berendam celup-celup kaki kat sana tu..maka perut rasa lapar la kan...Aku nak balik masak kat umah MIL? Owh..tidak mungkin lah kan....*Evilface*

Makanya...kiteorang decide nak makan kat Tjg Malim...the Famous Tjg Malim Pau in M'sia!! Itu kata orang la kan....Hehe..Eh, tapi ok gak le pau dia...memang sedap. Lembut jek~ Setiap kali klo aku balik sini, memang aku akan tapau frozen pau utk family aku kt BP. Tapi ms kiteorg gi makan tu takde la kiteorg makan pau...kiteorang try menu dia yg lain...Overall food dia ok..ala-ala chinese style.

Pau Yik Mun restaurant~


Junior's journey #3 (Entry Kulat)

Early April  junior 1st time balik kampung laki ku kt Perak tu.

Owh before that, aku dah train dah the junior naik bus express from Royal Creek to Johor (what I mean is JB). Encik suami tak bagi tapi aku insist gak nak naik bus sebab tak mau susahkan dia amik aku. Untunglah encik suami dapat saya...hehe...So from the 1st time trip, nampak macam dia excited. Abis cramp tummy ku maybe dia gerak-gerak kot. Misi cakap memang tak boleh rasa dia gerak-gerak lagi sebab aku 1st time kan. Tapi nak tau dia gerak ke tak bile kite rasa macam senak tiba-tiba tu mksudnya dia tengah bergerak la...SubhanauAllah~

Back to cite balik kampung...so far the junior ok. Gerak-gerak gak (senak perut ku) and maybe dia macam tak biasa kot apsal le mummy dia ni lama sangat kat dlm keta ni...selalu jalan paling jauh pun dr BP to Johor. Ni alih-alih macam jauh sangat jek...Hehe..Owh, imagination ku sangat la hebat!!

Alhamdulillah, sampai jek sana dia boleh jek adapt. Syukur sangat-sangat. Even MIL pun rasa macam pelik apsal le menantu dia ni relax jek preggy tak penat-penat sangat. Pastu siap tanya tu nak makan apa.Err...setakat ni takde apapun yang ngidam-ngidam. All I want is just food!!Hehe...Membulat la saya... :P

Setakat teringin nak makan cendol, ABC tu semua memang bila tak preggy pun memang aku suka gak..Lalalalallalalalala~

Owh tapi masa gi Ipoh tu amik adik dia, aku nak sangat rasa Nasi Ganja aka Cannabis Rice.Nama pun scary eh..Lalok-lalok ke daku ni nanti? Hehe...Hasil pencarian, HAMPA.Nasi Ganja yang origin yang owner dia cina and mamak yang run the business petang-petang dah tutup la...Opening hours just during lunch hour jek...

This is the origin. Kedai Kopi Yong Suan @ Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Pic source: Mr Gugel
Queue memang panjang gila mengikut kata food reviewers lain. Pic source:Still Mr Gugel

Kedai kopitiam ni aku bayangkan macam kedai kopitiam kat tepi pasar BP tu jek. Old skool punya. Cuma yang different kedai kopi kt BP tu orang Melayu yang jual lontong and sate sedap. Kat Ipoh ni plak, mamaks yang jual Nasi Ganja. In other words, Nasi Vanggey!! (nada and loghat kena ala-ala mamaks skit yek kengkawan)

So sedap sangat ke sampai orang beratur beriya-iya sangat ni?? Disebabkan my MIL ingatkan aku ni craving tahap agung and mengidam..tapi tak ok. Aku ni kalau tak dapat pun takpelah...serius. Kalau orang ngidam kan dia memang nak sangat-sangat kan.. tapi kalau dalam kes aku ni takde takpe la..takde rezki la tu kan. Nanti bebila klo ade rezki ok jek...So as alternative, adik dia bawakkan gak aku gi makan Nasi Ganja cawangan kat errr..mana ntah. Tapi somewhere around Greentown Business Park kt Ipoh tu gak la...

So ni la hasil Nasi Ganja cawangan....

Their branch

Ni la nasi ganja~

Biasa jek~ nothing special.

Actually bila dah makan ni aku rasa cam biasa jek. Macam nasi kandar. Tapi rasa nasi kandar lagi sedap kot. Ke maybe sebab ni cawangan jek so aku tak dapat the aura aku pn tak sure la kan...hehe..Aku bagitau kat laki aku, after this tak mau la makan nasi ni. Im not addicted to it. Hee~ Kite terasa nak makan kat penang plak la makan nasi kandar...hahahaha....pengsan le laki aku...^^