Thursday, April 19, 2012

Mari belajar munakahat

Suatu hari...

Memang habit kiteorang adik beradik suka cubit tangan gebu the youngest sister. Sambil cubit-cubit geram tu, aku tercakap " Eh, tangan N sama macam abg H la.."

Ok.Aku terkesima. 

Lari-lari masuk bilik then tipon encik suami.

Ya Allah sayang, apa yang kita buat ni. Zihar ke?Then macam biasa..mesti la disusuli dengan air mata...Haishhhh~

Laki aku macam biasa la..relax sentiasa..sentiasa cool then dia cakap..

Zihar?Cuba cite skit apa yang awak dah buat ni..

Aku pn bla..bla..bla..bla..then dia terus bagitau rasa tak...hukum zihar kan hanya pada lelaki sahaja. 

Aku macam biasalah kan..rasa gelabah...mati la..mana nak cari hamba nak merdekakan hamba ni pada masa skang..ataupun nak kena puasa 2 bulan berturut-turut ataupun bagi makan kat fakir miskin...

Nangis-nangis ni macam kena pukul. At last laki aku bagi satu ayat berkenaan zihar ni. 

Firman Allah Taala :
Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh  perkataan yang mungkar dan dusta. (Surah Al-Mujadalah : ayat 2)

Maka aku pun cool down jap...Phewwww~ Tapi dalam hati ni masih lagi rasa macam takut-takut. Sampai dah buat keputusan besok nak call Pej Agama nak bagi clear skit kepala ni bile da refer kat orang yang lebih arif hal-hal agama ni...

Keesokan harinya, aku pun call le Pej Agama kan..

Wahh!!Confidentnya saya...dah la kat Pej Agama tu bersepah geng-geng ayah. Aku memang nekad gila la. Tricknya bagi nama tapi tak bagi nama ayah. Hehe..Kang kantoi malu ok. Last-last dapat cakap dengan ustaz S.Sah, memang geng-geng ayah since nama dia selalu meniti di bibir ayah aku...adeh~

Aku pun explain la problems aku...Siap bagi maksud zihar sekali tu...chewahhh!!Nampak jek aku moden tapi sebenarnya konvensional gak aku ni...Apapun thanks sekolah agama and sekolah khas.

Assalamualaikum ustaz, saya N dari BP.Saya nak tanya mengenai hal agama berkenaan rumah tangga la ustaz iaitu zihar. Sebagaimana yang saya maklum, zihar jatuh apabila suami menyamakan anggota badan isterinya dengan yang mahramnya seperti ibu ataupun nenek. Soalan saya, adakah jatuh zihar sekiranya isteri pula yang menyamakan anggota badan adik perempuannya dengan suaminya?

Ustaz tu dengan profesional pn menjawab,

Tidak jatuh zihar tersebut kerana hukum zihar hanya pada suami sahaja. Tetapi mestilah dengan niat iaitu dengan niat untuk merendah-rendahkan isterinya dan menjatuhkan talak ke atas isterinya. Sebagai contoh. Suami berkata kepada isteri : "Belakang badan awak sama lah macam belakang badan mak saya..." tapi dengan niat untuk memuji isteri dan bukan merendahkan isteri. Maka zihar tidak jatuh. 

Phewww~ 

Alhamdulillah ustaz. Saya risau nak kena bayar kifarah lagi.. mana nak cari hamba pada zaman sekarang ni....

Ustaz tu gelak jek...hehe....Thanks la ustaz for the explanation. Really help us.

Ni aku share skit cara membayar kifarah zihar
  1. Memerdekakan hamba yang mu’min lelaki atau perempuan.
  2.  Jika tidak mampu atau tidak berdaya untuk merdekakan hamba, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut dengan tidak berselang, sekiranya diselang-selangkan  walaupun kerana sakit, maka puasa yang lalu terputus dan mestilah diulang semula.
  3.  Jika tidak terdaya berpuasa selama dua bulan berturut-turut,  maka ia hendaklah memberi  sedekah makanan kepada  enam puluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberikan secupak dan makanan utama bagi negeri itu.
Lesson: Jangan main-main dengan zihar. That's why I enjoy munakahat.
 

No comments: