Friday, March 25, 2016

by.N3

by.N3 can be viewed through this link
  



by.N3 ni dah lama dah setup since last year tak silap. We create the name by.N3 sebabnya kami adik beradik nama start with N. So,

N1 -  Narisa
N2 -  Nabila
N3 - Nasrin

Kalau tiba-tiba nak expand and Muhammad Naseem (our precious gift) nak gak sibuk kan so letak le namanya nanti by.N3 and a half  haha..

Semalam dah register the business with SSM. Alhamdulillah. Walaupun kena offline la pulak skang and need to go to their branch, all the process need around 1 and half hours dah settle and dapat da the reg no. JM0758984-D  (BY NTHREE) Boleh check thru this link untuk kepastian.  http://www.ssm.com.my/ms/ssm2/reg_search

Ok why tetiba setup backup plan?

Susah nak cite. Rasa macam nak nangis pun ada ni haha.. emosi okeh.

1. Sebab adik no 3 belum dapat lagi biasiswa. Now JPA ke apa bukan senang nak dapat. So ni FAMA je la. Nak apply PTPTPU a big No la kan. So nak tak nak kteorg bg dia tempat untuk dapatkan duit kocek serba sedikit boleh le gak thru by.N3. Dia jual shawl n tudung. Tapi takde la jual yg hipster2 sejenis mahal. Mampu milik and budak2 mampu nak beli..

2. Mak ayah den bukan orang senang. Dia dah bagi education da cukup syukur. Da lepas da tanggungjawab diaorg ptutnya. Aku yg patut amik alih as the eldest. Ok nak nangis haha... Then dari last year gak start desas desus pasal situation kteorg yg nth apa2. salah kiteorg ke? Entah la. Buat PhD ni pun salah satu rezeki. Ada org cepat. Ada org lambat. Aku le insan lambat tu haha.. chosen. alhamdulillah. Allah tau aku kuat so tu bagi susah sikit. Takpe la. Dulu meroyan gak. Tapi nak buat mcam mana. kena face it. Now da stage redha. Macam2 org cakap. Tapi takpe la. They just want to judge. Allah judge lagi aku takut woooo....

3. Adik no 2 pulak rezeki belum sampai2 lagi. Aku risau. Ye betul risau. Bile aku dah unpaid leave. Macam mana aku nak support family aku dengan adik2 aku still x boleh survive? Ok nak nangis lagi. Ada sebabnya kan? Ada sebabnya. So aku mintak dia jadi marketer aku. Then aku try cari cara untuk dia dapat duit kocek serba sedikit dengan setup tuisyen secara home based. Now dia ajar Maths aku pulak Science. Jenuh woo nak kena ingat pasal sistem jantung bagai. Haha. Tapi alhamdulillah. Agaknya Allah tau passion aku so alih-alih tetiba jek macam aku ingat semua benda aku belajar masa sekolah dulu. Kenapa le masa PhD ni aku macam tiba-tiba bodoh serba serbi tak tau? See.. Allah nak aku belajar skill lain.

Business registration name : BY NTHREE
Jenis perniagaan : Menjual pakaian, shawl tudung dan makanan serta perunding pendidikan. (Tulis tuisyen tak boleh. Tu cita lain. Tapi kalau home tuisyen ni la term nya. Layankan jek la haha)

Fuhh!! Mencabar kehidupan tahun ni.

So under by.N3 ni selain jual shawl and satay goreng, kami juga menyediakan home tuition. Bp town belum lagi get used with the home based tuition. Plus diaorg skeptikal dgn capability kteorg. Asik2 tanya. Cikgu sekolah mana? Haha..Alamak. I cikgu mana eh? Keje pun dah macam bayang2 jek ni. tapi takpe. Tu le cabaran kami. In shaa Allah org akan paham konsep kteorg. Aminn.. btw home tuition ni memang pricey sikit compare tuition centre lain. Tapi takde la mahal sangat sebenarnya. Org jek yang sceptical. Walaupun tak ramai sangat students takpe la. Baru menapak kan...

Di lain post akan ku post pulak why Satay Goreng eh? Makanan tak hipster sangat. Susah nak market. Tapi takpe. Nak come out with macam-macam product. Cuma tu la. Nak bagi orang kenal dulu our label.

Moga-moga Allah izinkan dan setuju.

Amin...

Monday, March 21, 2016

3 JOBS


Ikut saranan menteri Malaysia oh tanahairku.. Pffttt..

Macam-macam hal jadi. Then terus dapat ilham untuk setup backup plan. Alhamdulillah.

3 jobs pun still tak dapat nak cover. Tapi takpe la. Baru start up kan. Atleast la kan..

My priority of course nk finish my studies. 

“The only way to find out how to do a PhD is to do one”

Hmm.. bukan senang. Kalau senang tu memang bahagian masing-masing la. Maybe juga Allah nak aku kenal dengan macam-macam orang. Kenal dengan macam-macam perangai. Kenal dengan macam-macam equipments and testing. Hehe. Ilmu tu memang betul-betul gift from Him. Insaf weh. Kadang kita konon da focus. Tapi tiba-tiba jek nanti ade jek halangan. Like anak demam. Laki sakit. Macam-macam la. So tak nak paksa-paksa diri. Kuasa kat atas tu haaa lebih power!! Aku redha...

Then dengan dasar majikan and pihak atasan buat aku lagi rasa pening sampai rasa nak nangis semua la. Tu belum lagi stress bila orang tanya soalan macam-macam eh macam ko le sv aku haha.. tapi biasalah. Dah immune. Stress pun nanti orang panggil kite 'kakak cantik emo'. Eh? Tetiba haha.

Teringat kawan-kawan aku kt UK, Aussie and Denmark. Kalau aku rasa suffer lagi le diaorg kan. Dengan cost of living lagi. Haihh la…

Apa la nak jadi dengan tanahair ku ini… Ade menteri pun like entah apa-apa. Rezeki diaorg dapat jadi menteri.. haha.. Tapi ada jugak hikmah nape aku tak further kat oversea. Maybe sebab ni la kot. Allah. Atleast kalau dalam Malaysia ni cukup le kot makan minum. Cuma tu la. Susahkan mak ayah aku.. Ok nak nangis. Touching tau tak? #syndromeanak1st

So sebab macam-macam hal maka aku pun expand label by.N3 tu dari jual shawl ke jual satay goreng. Funneh kan? Macam not so in jek haha tapi takpe la.. Shawl still jalan gak bussiness. Tu run by my youngest sister. Nasrin

Next post nanti aku tulis sejarah by.N3 [kemain ade sejarah haha ok kelakar]


Cita-cita tinggi. Harap Allah izinkan. Amin. 

Mode kurang kasih sayang

Naseem dah start school.Around 2 months dah. Kat Tadika Iman. At first, nak hantar kat St. Henry. Tapi aku sejenis mak yang conventional makahaha entah la. Rezeki dia dapat tadika Iman walaupun enrol lambat sebulan. Nak try masuk Litle Caliph dah penuh. Plus like kerek jek spokeperson nya. Eh tetibe ter judge org. Astaugfirullah.. Mahal gak eh tadika sekarang. Baru tadika. Kalau sekolah nanti entah macam mana la. Tapi alhamdulillah la. Walaupun Iman ni macam mahal gak tapi boleh bayar ansur-ansur 3 bulan. So takde la merasa sangat... Fuhh!!

His 1st day was ok. Excited! Tapi lepas tu seminggu gak la dia macam clueless. He missed his baba so much rasanya. Nanti teacher cakap alih-alih jek dia nangis. Macam acah-acah sedih la kononnya haha..Pagi kalau hantar school dia ok jek. Bangun pagi semua ok. Tapi sampai jek school dia nangis. Alahai touching la nak..

Nanti kadang dia cakap,

 " Nanti kite tunjuk school kat baba eh?"

" Why baba tak hantar Naseem gi school?"

Apa aku nak react? Adoi..

Pastu malam-malam nanti bila video call dengan baba dia mula la kan nak touching..

Sentimental la anak den ni haha.. ikut gene sape entah.

Baba dia balik alhamdulillah every weekend. So nanti suka la dia dapat spent time dengan baba dia. Siap tak bagi tu ibu dia sleeps sebelah baba. Dia yang nak sleep sebelah baba dia. Sentap ibu. Haha. Mode kurang kasih sayang…


Tapi alhamdulillah. After dah 2 months ni dia da ok. Dah macam boleh adapt and redha agaknya

Sabar ye nak. Sabar ye wahai diri sendiri. One fine day we gonna live together as a family. 

In shaa Allah amin….

Disclaimer: Kids need parents. Not parent. 

Wednesday, January 27, 2016

Private home tutor

Assalamualaikum.
To whom it may concern.

Private Home Tutor. (Batu Pahat, Johor. Town area only)
Secondary level: Chemistry, Additional Mathematics and Mathematics. Physics (on demand)
Primary level: Mathematics and Science

Subjects taught by engineering students (Master/ PhD) in Chemical Engineering / Electrical Engineering. Experience in teaching -  9 years

Interested? Please leave a Private Message (PM)

Tutor Rumah Persendirian. ( kawasan bandar Batu Pahat, Johor sahaja)
Peringkat Menengah: Kimia, Matematik Tambahan dan Matematik. Fizik (atas permintaan)
Sekolah Rendah: Matematik dan Sains

Subjek-subjek tersebut akan diajar oleh pelajar kejuruteraan (Master/PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia /  Kejuruteraan Elektrik. Pengalaman mengajar 9 tahun.


Berminat? Sila tinggalkan mesej peribadi 

Tuesday, January 26, 2016

Keep strong

Starting in 2016 is not so good.

Macam-macam hal. Rasa nak nangis. Dah nangis pun.. haha. *kememe*

May Allah give us the strength to face any hurdles and challenges.

Currently tengah mencari rumah sewa/or for sale around BP town. Too much la BP ni. Harga rumah macam apa. Ridiculous. 

Dengar cakap-cakap orang sambil flip hijabs lol

" tu laaaaa dulu tak nak beli rumah awal-awal..." bla bla bla..

Haihh la... *sakitnya tuh di sini tau*

Do you know my condition, very very well...?

Haaa.. mula la ni nak nangis haha...

Being the eldest in the family is not so easy. Being the wife of the eldest son also is not very easy. Got it?

And... our parents bukan jenis cop duit yang tadaaaaaa...

" nah nak.. ni tanah rumah selepuk mak bagi kat ko..." haha.. I wish...

" nah menantu ku... amik la duit guni-guni tu untuk ko beli rumah" hahah

Ni buat dialog main-main ni nanti ade lagi sok sek...

" Tu la.. mak pak jenis tak beringat bla bla bla...."
" Haaa duit tak berkat lettew sebab tu susah sampai laaa ni...."

Helloooooo.... hahahah,,,,

Why so serious? Sesuka hati jek nak judge orang. Dulu suh belajar betul2 jadi judge tak nak... haaa kan dah jadi juri awam jek....

Eh... astaugfirullah... see.. I'm judging too rite?


Well.... what we need is just keep your words in your heart and not burst it out.

Kita manusia.

Paham

Bukan malaikat

Paham.

Orang kadang sentap. Ouch!! 

Den pun kadang sentap. Ouch!!

Tapi macam dah immune. Why bother? Haha...

Againn.. The house hunting mode is on. Rent or Sale.  BP town only.

Eh tapi kejap. Ni nak bagitahu info. Berdasarkan pemerhatian ku... price rumah kat BP memang totally insane. Kelakar pun yek. Macam cekik darah nauzubillah...

Rumah intermediate Taman Murni double storey takde renovate ke apa RM 350k. Condition bocor sana sini. Banyak nak kena repair.

Rumah corner lot teres setingkat rizab melayu yang ade extension sikit kat kitchen. RM 350k. Gila ke apa? Dah le rizab melayu. Valuer bagi RM200k jek. Confident level tahap tinggi tuan tanah kedaung tu hahaha..

Rumah Semi-D intermediate around Tmn Abdul Rahman Jaafar RM 450k.

Rumah double storey intermediate. Taman Flora. RM 450k

Rumah setingkat intermediate Taman Murni RM 350k

Conclusion. Korang ni dah gila ke apa?? 

Belum lagi cite pasal rate sewa.. matilah nakkkk!!

Keep strong #haizamnarisanaseem



Wednesday, January 6, 2016

Quick updates

Just a quick update. Haha. Lama gak le 3 years. Bukan well known blog pun but I treated my blog as my own journal. So bila mental block bole layan blog. Gituu.. hehe

Ready?


  1. Moved to JB and dapat le merasa duk sebumbung dengan my King around 3 years ++
  2. Naseem hantar to nanny. Susah weh nak cari pengasuh ikut kriteria. Alhamdulillah cari punya cari ketemu jua. Nanny Naseem ni memang suka nak jaga budak. So far dia jaga Naseem sorang. Tapi kadang-kadang ada gak tolong jaga kids lain bile orang mintak tolong. Sejenis tak berkira sangat. Kadang upah pun nanti dia pulangkan balik. Segan wooo... Dia ni wife kpd Prof kt UTM. huawaa... aku plak bile terserempak dengan Prof tu rasa nak panggil Prof jek. #studentsyndrome namanya ni haha
  3. Still Naseem is my prince. Muhammad Naseem bin Kamarul Haizam. Kemain panjang nama ko nak.. haha.. ni tengah nak train dia tulis sendiri nama pun jenuh. Nasib ko la nak... 
  4. As mention at point 3. Belum ada rezeki ada anak lain lagi. Keinginan itu ada. Tapiii.. jeng jeng jeng haha.. any tips nak dapat baby gurl? We are on family planning. Mula-mula try injection. 3 bulan sekali. Cucuk kat peha.. perghhh sakit woo.. then macam my period tak stabil. Injection ni utk test if ok with my body then bole le try yg letak plat kt lengan tu. Terasa macam Robocop plak kan haha. Kalau plat tu for 3 years tak silap. But since injection not suitable maka we go for the pil. No choice. Huu.. Den makan Malveron. Alhamdulillah period stabil and ikut time. Sebenarnya den ni sejenis period tak stabil. Susah sebenarnya sebab tak boleh nk predict waktu subur bla bla bla.. Sebab tu bile dapat rezeki anak ni ya Allah memang syukur sangat. Tak sangka. Priceless gift ever. 
  5. Orang mesti akan cakap. Nape nak family planning? Hmm.. lupa nak cita. Now tengah further studies. So handle chemicals bla bla bla.. maka... haha.. eh pandai-pandai le korang justified. 
  6. Haaa pastu I da gemok. Huuu.. stress. Semua sebab the pil. Haha blame pil pulak kan? Ko yang melantak macam macam pastu ko salahkan pil?? kehkehkehk
  7. Azam tahun baru.. yela.. every year azam sama. Nak kurus!!!!!!!!!!
  8. My progress as a Phd's student not so good. Macam-macam hal jadik. Nanti la bila diberi kesempatan oleh Allah boleh la try tulis motivation book. "Expect the Unexpected" tajuk nya.. haha
  9. Oh sempat published 2 papers. Tu pun ikut suka ati aku jek haha.. orang lain kemain gebang-gebang letak macam-macam results. Aku? Hahahaha... 1 paper published and presented in Bali. Another one kat Bandung. Index Scopus. Journal? Err.. err.. err.. nak buat le ni... adoi ai..
  10. Alhamdulilah present both papers diberi rezeki untuk bawak my prince n my king. Korek le duit mana-mana. huawaaa.. perasaan itu.. memang nth laaaa... ok nak nangis. 
  11. The end. 
Haha.. just a plain and no progress sangat pun.. Terasa dull jek orang baca. Eh of course la. Benda-benda tak best kita simpan. Kite gebang-gebang benda best jek la yek in social media. Haha...

Life is so simple actually. Aku dah banyak buat orang sentap dulu-dulu. Eh skng pun sebenarnya. Haha. Hari tu baru jadi Kak Yong kejap gi marah selfish driver eh suka ati ko jek parking blocked keta orang pastu boleh lalalalalllalala macam bukan ko salah. Don't make me speak Engrish gitu.. Aku bebel2 in Engrish then dia reply in Melayu.. Haha.. Pastu eh kemain nak dtg dekat kt aku konon tak puas hati le aku duk marah dia? Laki aku yang redakan mamat selfish tu. Aku memang masa tu hangin tahap petala ke100 la.  

Adik aku cakap. Ko baik-baik. Kang nanti kena cincang padan muka. Aku?? Erk.. haha Tapi time tu memang aku jadi berani yg amat. Haha

Berbalik pada cite sentap. Korang jgn le rasa sentap naaa.. alahai. Ni nengok org post cite pasal anak nak sentap. Cakap nak menunjuk bla bla bla.. Post psl g vacation pun nak sentap.. Please la... move on la.. nama pun social media. tak suka scroll laju2. Hati tu jangan nak sentap jek. Kan sakitnya tu di sini nanti.. kalau ikutkan pasal sentap ni sampai kiamat pun tak abis yek. Tu jua faktor usia korang dah lanjut. Haha..Kalau kes aku plak org post pasal mati aku sentap and jeles. Haha. Amboi. Kemain. Macam dah cukup amal.

Lillahitaala.

That's it. 

Sama macam aku study ni. Dah immune orang tanya bila abis belajar? Rasa nak hempuk jek. Haa.. sentap kan tu?Tapi takpe la.. kita anggap jek yang orang tanya tu tak berada di tempat kita maka dia hanya bertanya. See.. nampak x I positif. Hahahahahah....

May the Force be With you. Lol. Populasi 1% yang tak nengok Star Wars.